Pelakon Lydia Ibtisam kritikal, Elliza Razak mohon doa kesembuhan

EntertainmentHealth & Fitness
23 Jul 2026 • 10:41 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di hospital.

Pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital, menurut perkongsian pelakon dan penyanyi, Elliza Razak.

Elliza menerusi hantaran di media sosial memohon orang ramai mendoakan agar Lydia diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Menurut Elliza, Lydia yang pernah bekerjasama dengannya menerusi drama Impian Illyana kini berdepan komplikasi kesihatan selepas penyakit autoimun yang dialaminya hampir lapan tahun menyerang organ dalaman.

“Dengan berat hatinya saya nak inform dekat semua sahabat di sini tentang keadaan sahabat baik saya Lydia Ibtisam. Beliau dalam keadaan sangat kritikal sekarang di hospital.

“Mohon semua boleh tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula,” katanya.

Elliza turut mengajak orang ramai mengadakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan Lydia atau nama sebenarnya, Nur Ibtisam binti Abdul Wahab.

Baca juga:
Image from: Pelakon Lydia Ibtisam kritikal, Elliza Razak mohon doa kesembuhan
Keadaan terkini Lydia yang dikongsikan oleh Elliza menerusi Facebook

Dalam hantaran sama, Elliza meluahkan rasa sedih melihat keadaan Lydia yang kini semakin lemah selain berharap keajaiban berlaku buat sahabatnya itu.

“Lydia, aku tak boleh terima tengok hang keadaan lemah macam ni. Hang kuat Lydia. Aku sayang hang sangat-sangat. Moga Allah SWT permudahkan urusan hang,” tulisnya.

The post Pelakon Lydia Ibtisam kritikal, Elliza Razak mohon doa kesembuhan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved