“Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

11 Oct 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah, Erma Fatima memberikan kata-kata semangat buat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang kini berdepan dengan konflik rumah tangga.
 

Tiada guna pertahan cinta yang telah dikhianati


“Tidak mengapa Baim Wong anakku, lepaskan sahaja. Tidak ada gunanya mempertahankan cinta yang dikhianati. 

“Ada yang lebih besar harganya iaitu Maruah. Simpan sahaja kesakitanmu. Kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad, janji kamu pada Allah bukan pada dunia.


        View this post on Instagram                      

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Zaman sekarang isteri pun ada yang curang


“Hmm sudah tentu orang tak percaya pada Baim kan? Bila bab curang ni selalunya kita salahkan lelaki tapi tak pelik dekat zaman sekarang ni kalau isteri pun banyak yang dah curang,” luahnya.