“Selalunya Tekaan Kami Mengena..” – Netizen Ramal 8 Ogos 2026 Tarikh Nikah Syed Saddiq Dan Bella Astillah?

LocalEntertainment
22 Jul 2026 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Teka-teki mengenai tarikh pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon Bella Astillah terus menjadi perhatian selepas pasangan itu dilihat berkunjung ke pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin.

Walaupun tujuan sebenar kunjungan berkenaan tidak didedahkan, ramai membuat andaian Syed Saddiq dan Bella hadir bagi menyerahkan kad undangan perkahwinan kepada Dr Mahathir serta isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Advertisement
View this post on Instagram

Pertemuan tersebut sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa majlis pernikahan pasangan sensasi itu mungkin akan berlangsung dalam masa terdekat.

Malah, ada yang meramalkan Syed Saddiq dan Bella bakal memilih Sabtu, 8 Ogos ini kerana tarikh ‘8.8.26’ dianggap mempunyai kombinasi nombor yang cantik. Angka dua dan enam yang mewakili tahun 2026 juga jika dicampurkan akan menghasilkan angka lapan.

“Saya fikir tarikh itu sudah tak lama. Mungkin bulan depan mereka bernikah… Selalunya macam itulah,” tulis seorang peminat di media sosial.

Dalam masa sama, segelintir netizen berpendapat pasangan itu mungkin memilih 30 Ogos, iaitu sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan. Ada juga yang membuat andaian majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada Oktober depan.

Bagaimanapun, sebahagian peminat menolak kemungkinan majlis tersebut diadakan pada Disember walaupun bulan berkenaan merupakan bulan kelahiran Syed Saddiq.

Ini kerana Syed Saddiq sebelum ini dikatakan pernah memaklumkan bahawa perkahwinan mereka tidak akan berlangsung pada penghujung tahun.

“Tidak fikir Disember sebab YB Syed Saddiq sendiri pernah cakap, bukan hujung tahun. Mungkin ketika cuti sidang Parlimen kerana YB Syed Saddiq tidak akan ponteng persidangan,” komen seorang lagi netizen.

Berdasarkan kalendar persidangan Dewan Rakyat, sidang Parlimen kini berehat panjang bermula 17 Julai lalu sehingga 4 Oktober depan.

View this post on Instagram

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Selalunya Tekaan Kami Mengena..” – Netizen Ramal 8 Ogos 2026 Tarikh Nikah Syed Saddiq Dan Bella Astillah?2026-07-22 12:35:25

Netizen Kata Jazmy Juma Tak 'Happy' Ketika Majlis Kahwin, Ini Respon Tuan Badan.. - "Saya.."

The post “Selalunya Tekaan Kami Mengena..” – Netizen Ramal 8 Ogos 2026 Tarikh Nikah Syed Saddiq Dan Bella Astillah? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved