Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi perkongsian di media sosial, Bella berkata, mereka turut menerima nasihat yang sangat bermakna daripada negarawan tersebut mengenai cara membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr. Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.”
Bella turut menjadikan hubungan Tun Dr. Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang sudah bersama selama 70 tahun sebagai inspirasi dalam menempuh kehidupan berumah tangga kelak.
“Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama MashaAllah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami amiin yra”
Dalam masa sama, Bella mengakui dirinya berasa sangat gementar dan teruja ketika bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir kerana sudah mengagumi beliau sejak kecil.

Malah, penyanyi itu menyamakan perasaannya ketika pertemuan tersebut dengan pengalaman bertemu dua selebriti terkenal, Lee Min Ho dan Afgan.
“P/s: Tak sangka boleh star struck teruk. Perasaan bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afgan I’ve adored him since I was little. Meeting him in person felt surreal thank you @syedsaddiq ”
Perkongsian itu sekali gus memperlihatkan keterujaan Bella selepas mendapat nasihat secara langsung daripada pasangan yang memiliki pengalaman panjang dalam membina kehidupan rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ara Dilabel 'Cacat' Gara-Gara Sering Berdukung Dengan YB SS, Bella Astillah Menangis- "Saya Akan Ambil TIndakan.."
The post “Rasa Tak Percaya..” – Bella Astillah Teruja Bertemu Tun M, Terima Nasihat Rumah Tangga Sebelum Berkahwin Dengan Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






