“Selama 16 tahun saya melihat kebaikannya…”- Zizie Izette mohon doa kesihatan Bung Moktar

LocalHealth & Fitness
4 Dec 2025 • 10:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri yang juga bekas aktres, Zizie Izette, menarik perhatian ramai apabila memuat naik hantaran menyentuh hati mengenai keadaan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang kini dilaporkan menerima rawatan di hospital.

Menerusi hantaran tersebut, Zizie memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu yang memerlukan pemantauan rapi.

image is not available

Zizie Izette mohon doa kesihatan Bung Moktar

Beliau turut meluahkan bahawa sepanjang 16 tahun hidup bersama, hanya dirinya benar-benar mengenali hati budi suaminya.

“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu.
“Selama 16 tahun saya melihat kebaikannya, kemurahan hatinya dan kasih sayangnya terhadap orang lain.
“Mohon semua doakan beliau,” tulisnya.

image is not available

Perkongsian itu disertakan gambar momen mesra keluarga yang meraih perhatian dan mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Terdahulu, Bung Moktar dinasihatkan untuk berehat dan menjalani rawatan susulan selepas keadaannya memerlukan pemantauan berterusan.

Perkembangan kesihatan beliau dijangka akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo! Online