“Selamanya Takkan Popular” – Minta Tajaan Dari Jenama Diboikot, Idola Wanita Ini Dikritik Netizen

21 Feb 2024 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, masih ramai yang kurang peka mengenai konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Palestin.

Baru-baru ini, seorang idola wanita dari generasi ke-4 iaitu Joonie ICHILLIN telah berkongsi 2 foto di laman X, sambil memegang cawan kopi dari jenama Starbucks.

Tulisnya juga,

Taja saya Starbucks.

Namun, hantaran itu terus dipadam tidak lama kemudian setelah menerima maklum balas dari peminat tentang isu boikot yang sedang berlaku.

Untuk pengetahuan, siaran tersebut teruk dikecam netizen kerana Starbucks adalah salah satu jenama yang aktif memberi sokongan buat serangan Israel terhadap Gaza kini.

Haihh..semoga ambil pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.