Selamat Hari Pekerja buat semua para pekerja yang sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal di muka Bumi ini, tidak kira di mana pun anda berada!
Hari Pekerja atau juga dikenali sebagai Hari Buruh disambut di seluruh dunia pada 1 Mei.
Di Malaysia, tarikh ini diisytiharkan sebagai tarikh kelepasan am di seluruh negeri setiap tahun.
Jom baca lebih lanjut mengenai Hari Pekerja/Hari Buruh dan juga contoh ucapan serta contoh poster Hari Pekerja 2026 yang boleh dijadikan inspirasi.
Sejarah Hari Pekerja
Tarikh Labour Day atau Hari Buruh ini telah ditetapkan pada 1 Mei setiap tahun kerana pada tahun 1884 oleh Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan parti buruh pada tahun 1872.
Sebelum itu, telah tercetus mogok dan peristiwa besar dalam dunia buruh dimana para pekerja membuat protes keranan masa bekerja adalah lama.

Hal itu membuatkan desakan mereka diterima dan perlahan-lahan ditetapkan waktu bekerja bagi sehari adalah 8 jam mengikut waktu pejabat rasmi.
Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta kerja 1955, akta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk para pekerja majikan bagi mengikuti peraturan-peraturan dalam urusan kerja mesti lakukan selaras dengan akta kerja 1955.
Pindaan terbaru terhadap Akta Pekerja ini telah dibuat pada tahun 2022.
Tarikh Cuti Umum Hari Pekerja 2026
Cuti Hari Pekerja bagi tahun 2026 ini jatuh pada hari Jumaat, bersamaan 1 Mei 2026. Hari Pekerja merupakan hari kelepasan bagi semua negeri di Malaysia.
Rujuk jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri 2026 di bawah:

Hari Pekerja ialah CUTI UMUM
Terdapat 5 hari cuti yang wajib maijkan berikan kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955] iaitu:
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong (bagi negeri yang berkenaan) ATAU Hari Wilayah (bagi Wilayah Persekutuan).
BACA JUGA: Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang – Isi Penting & Contoh Karangan
Contoh Ucapan Selamat Hari Pekerja
Hari Pekerja adalah momen terbaik untuk menghargai usaha keras, dedikasi, dan titik peluh yang telah dicurahkan oleh semua tenaga pekerja sepanjang tahun.
Berikut merupakan beberapa contoh ucapan selamat Hari Pekerja yang boleh anda gunakan:
Ucapan Formal (Untuk Rakan Sekerja & Majikan)
- “Selamat Hari Pekerja kepada semua rakan seperjuangan. Terima kasih atas dedikasi dan komitmen luar biasa anda dalam memajukan organisasi ini. Semoga terus cemerlang!”
- “Selamat Hari Pekerja. Mari kita hargai setiap usaha yang telah dilakukan dan jadikan hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus menyumbang bakti demi masa depan yang lebih baik.”
- “Kecemerlangan sesebuah organisasi lahir daripada titik peluh pekerjanya. Selamat Hari Pekerja buat semua profesional yang tidak pernah kenal erti lelah.”
- “Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih. Selamat Hari Pekerja! Teruslah berkarya dan memberi inspirasi melalui kerjaya anda.”
- “Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan jujur adalah mulia. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang ekonomi negara. Selamat Hari Pekerja!”
- “Selamat Hari Pekerja. Kecekalan anda dalam mendepani cabaran tugasan adalah inspirasi bagi seluruh warga kerja organisasi ini.”
- “Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh ukhuwah profesional serta memperbaharui azam demi kejayaan bersama.”
- “Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat barisan majikan dan rakan sekerja yang sentiasa mempamerkan etika kerja cemerlang tanpa mengira waktu.”
- “Selamat Hari Pekerja. Terima kasih atas sumbangan idea dan tenaga yang menjadi pemacu utama kepada setiap pencapaian kita setakat ini.”
- “Kualiti kepimpinan dan keikhlasan dalam bekerja adalah tunjang kestabilan syarikat. Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua.”
- “Selamat Hari Pekerja. Marilah kita terus melangkah seiring dalam memartabatkan martabat kerjaya dan profesionalisme di tahap tertinggi.”
- “Penghargaan ikhlas buat anda yang sentiasa komited dalam melaksanakan amanah. Semoga setiap usaha diberkati dengan kejayaan berterusan.”
- “Selamat Hari Pekerja. Mari kita raikan hari ini dengan penuh kesyukuran atas peluang untuk menyumbang bakti kepada kemajuan ekonomi negara.”
- “Tiada kejayaan besar yang dicapai secara bersendirian. Selamat Hari Pekerja kepada pasukan yang sentiasa memberikan sokongan padu.”
- “Selamat Hari Pekerja. Semoga kesejahteraan dan kecemerlangan sentiasa mengiringi perjalanan kerjaya anda pada masa hadapan.”
Ucapan Selamat Hari Pekerja Untuk Media Sosial/WhatsApp
- “Happy Labor Day! Rehatkan diri, cas tenaga kembali. Anda telah bekerja keras, anda layak mendapat cuti hari ini! ☕️✨”
- “Selamat Hari Buruh buat kita semua yang gigih mencari rezeki. Semoga setiap lelah kita menjadi lillah (ibadah) dan diberkati. Enjoy your holiday!”
- “Kerja, kerja juga, kesihatan jangan lupa! Selamat Hari Pekerja semua. Harap hari ini penuh dengan ketenangan dan kegembiraan.”
- “Hormat buat semua pekerja di luar sana. Selamat Hari Pekerja!”
- “Selamat Hari Pekerja! Terima kasih atas sumbangan anda.”
- “Happy Workers’ Day! Rehat secukupnya hari ini.”
- “Selamat Hari Pekerja! Hari ni kita lupakan sekejap ‘deadline’ dan ‘task list’. Masa untuk manjakan diri dan tarik nafas lega! 🍃”
- “Happy Workers’ Day! Tabik hormat buat semua yang bangun pagi-pagi demi mencari sesuap nasi. Anda memang pejuang sejati!”
- “Kepada kawan-kawan yang selalu ‘on-call’, hari ni tutup telefon sekejap kalau boleh. Selamat bercuti dan selamat berehat! ✌️”
- “Selamat Hari Buruh! Tak kira anda kerja di pejabat atau dari rumah, anda tetap hebat. Jom raikan rehat kita hari ni!”
- “Happy Labor Day! Hari ni cuti yey!.”
- “Selamat Hari Pekerja semua. Setiap penat lelah kita hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cerah. Terus semangat!”
- “Chill dulu hari ni! Selamat Hari Pekerja buat semua rakan di luar sana!”
- “Selamat Hari Pekerja! Semoga rezeki kita semua makin meluas dan setiap urusan kerja selepas ini dipermudahkan sepermudah-mudahnya.”
- “Happy Holiday! Masa untuk letak tepi dulu ‘group WhatsApp’ kerja. Jom fokus pada diri sendiri dan keluarga tercinta hari ni! ❤️”
- “Selamat menyambut Hari Pekerja! Terima kasih sebab sentiasa jadi rakan kerja yang ceria dan memudahkan urusan orang lain. Enjoy your day!”
Contoh Poster Hari Buruh
Berikut merupakan beberapa poster Selamat Hari Pekerja yang anda boleh jadikan sebagai inspsirasi:
Poster 1:

Poster 2:

Poster 3:

Poster 4:

Poster 5:

Poster 6:

Poster 7:

Poster 8:

Poster 9:

Poster 10:

Poster 11:

Poster 12:

Poster 13:

Poster 14:

Poster 15:

Poster 16:

Poster 17:

Sambutan Hari Pekerja 2026 – Peringkat Kebangsaan
Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 akan diadakan di:
- Tempat: Unifi Arena, Bukit Jalil
- Tarikh: 1 Mei 2026 (Jumaat)
- Waktu: 8.30 pagi

Sambutan Hari Pekerja 2026 ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk menghargai sumbangan pekerja, majikan, kesatuan skerja dan media
Tema Sambutan Hari Pekerja 2026 Di Malaysia
Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”
ADVERTISEMENT
Logo Hari Pekerja 2025 pula adalah bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.

Sambutan Hari Pekerja 2026 membawa aspirasi untuk memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Ia mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial, selaras dengan visi negara ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif.
Melalui sambutan ini, seluruh rakyat Malaysia diajak untuk menghargai peranan setiap pekerja dalam membina sebuah negara yang progresif, adil dan makmur.
Aktiviti Utama Sambutan Hari Pekerja 2026
Berikut ialah senarai aktiviti utama dalam Sambutan Hari Pekerja 2026 peringkat kebangsaan:
ADVERTISEMENT
| PROGRAM | TARIKH | LOKASI |
| PERHIMPUNAN MEGA | 1 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| KHUTBAH JUMAAT KHAS | 1 MEI 2026 | SELURUH NEGARA |
| KHUTBAH JUMAAT / AGAMA LAIN | 1 MEI 2026 | SELURUH NEGARA |
| MEGA KARNIVAL KERJAYA & KEMAHIRAN | 1-3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| RERUAI PERKHIDMATAN | 1-3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| KESUMA MERDEKA 118 VERTICAL CHALLENGE KUALA LUMPUR | 2 MEI 2026 | MENARA PNB 118 |
| WORLD OSH DAY 2026 | 3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| FORUM HAL EHWAL ISLAM | 7 MEI 2026 | DEWAN MASJID RAJA HAJI FISABILILLAH, CYBERJAYA |
| RUN & RIDE HARI PEKERJA | 17 MEI 2026 | DATARAN WAWASAN PUTRAJAYA |


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau info terkini mengenai sambutan Hari Pekerja 2026 di Malaysia, sila rujuk:
- Portal rasmi Kementerian Sumber Manusia
- Portal Perkeso x KESUMA – Anugerah Hari Pekerja
- mykesuma
Soalan Lazim Selamat Hari Pekerja
Adakah Hari Pekerja merupakan cuti umum wajib?Ya. Di bawah Akta Kerja 1955, Hari Pekerja (1 Mei) adalah salah satu daripada hari cuti umum yang diwajibkan untuk diberikan kepada pekerja. Majikan tidak boleh menggantikan cuti ini dengan hari lain tanpa persetujuan pekerja atau terma kontrak tertentu, dan jika bekerja, pekerja layak mendapat bayaran kerja lebih masa (OT).
Mengapa Hari Pekerja disambut pada 1 Mei?Tarikh ini dipilih sebagai memperingati peristiwa Haymarket Affair di Chicago pada tahun 1886, di mana pekerja berdemonstrasi menuntut waktu bekerja dihadkan kepada 8 jam sehari. Di Malaysia, sambutan rasmi 1 Mei dimulakan pada tahun 1972 setelah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Adakah pekerja sektor swasta dan kerajaan kedua-duanya cuti?Ya, di Malaysia, 1 Mei adalah Cuti Umum Persekutuan. Ini bermakna kedua-dua sektor awam (kerajaan) dan swasta tertakluk kepada cuti ini.
Apakah tema Hari Pekerja tahun ini?Pekerja MADANI Kesuma Bangsa
Apa aktiviti sambutan yang dilakukan pada Hari Pekerja?– Perhimpunan Hari Pekerja: Biasanya dihadiri oleh pemimpin negara dan wakil kesatuan sekerja.
– Anugerah Hari Pekerja: Pengiktirafan kepada pekerja dan majikan contoh.
– Sambutan Hari Pekerja
