“Selamat jalan cucuku” – Doktor Di Palestin Menangis, Peluk Erat Cucu Yang Telah Syahid

Entertainment
20 Oct 2023 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga ke hari ini, peperangan yang berlaku di Palestin masih tiada tanda ia akan berakhir. Jumlah mangsa yang terkorban dan cedera juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Banyak video rakyat Palestin yang tular di media sosial dan lebih menyedihkan, ada video memaparkan beberapa rakyat Palestin yang menangis apabila kehilangan ahli keluarga mereka.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu lagi video di media sosial menunjukkan seorang warga emas menangis sambil mendukung seorang kanak-kanak.

Dilihat seorang doktor lelaki sedang berjalan menghampiri sekumpulan lelaki yang sedang mendukung seorang kanak-kanak yang juga difahamkan adalah cucunya yang telah syahid.

Berikan pada saya.. beri pada saya.. Ya Allah cucuku.. wahai cucuku.. selamat jalan cucuku..

Kanak-kanak yang telah syahid itu disambut lalu didukung oleh datuknya. Sambil berjalan, doktor itu menangis teresak-esak ketika membawa tubuh kecil itu. Beliau juga berhenti berkali-kali lalu memeluk erat kanak-kanak itu dalam dakapan.

Sekujur badan yang kecil itu telah dibaluti dengan sehelai kain sebelum dibawa oleh datuknya ke salah satu tempat di kawasan itu.

Ramai netizen di ruangan balas berkongsi rasa sedih selepas melihat video tersebut.

image is not available

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.