Selamat Lahir Sahabat, Pejuang Dan Perdana Menteri — Merayakan Seorang Anwar Ibrahim

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 3:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Hari ini, Malaysia menyambut hari lahir seorang tokoh yang telah digelar dengan pelbagai gelaran — reformer, pejuang dan pemimpin. Bagi saya, Anwar Ibrahim adalah semua itu, malah lebih lagi sebenarnya. Tetapi beliau secara ringkad, adalah seorang sahabat.

image is not available

Saya telah mengenali Anwar hampir 45 tahun sejak zaman kanak-kanak, cukup lama untuk menyaksikan liku-liku kehidupannya - dari musim bunga kebangkitannya, musim sejuk iaitu pengasingan politik yang panjang, fajar palsu yang mengecewakan, sehinggalah terbitnya cahaya sebenar apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Sepanjang tempoh itu, satu perkara yang tidak pernah berubah adalah kepercayaannya bahawa negara ini boleh menjadi lebih baik, lebih adil, dan lebih bersatu daripada sebelumnya.

Mudah untuk mengagumi Anwar Ibrahim sebagai ahli politik — seorang yang mampu menggamit perhatian rakyat, mengatasi lawan dengan kebijaksanaan dan tetap teguh menentang penganiayaan politik yang berpanjangan. 

Penganiayaan tersebut nyata, berterusan, dan menyakitkan. Namun, lebih menginspirasi saya adalah Anwar Ibrahim sebagai seorang insan. Beliau yang masih mampu tersenyum ketika melalui saat gelap, tidak pernah kehilangan rasa simpati dan empati, bahkan terhadap mereka yang pernah menyakitinya. Seorang yang benar-benar mempercayai bahawa Malaysia milik semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang. Seorang pejuang yang tidak pernah berputus asa terhadap negara ini, walaupun kadangkala seolah-olah negara ini berputus asa terhadap beliau.

Saya masih ingat, saat-saat berdiri bersama beliau bukanlah sesuatu yang popular dan membawa lebih banyak risiko berbanding ganjaran. Namun, berdiri bersama beliau adalah pilihan yang betul. Saat-saat itu menunjukkan keberanian yang mendalam, dan juga mengajar bahawa persahabatan dan kepimpinan diuji bukan ketika segalanya mudah, tetapi ketika dunia menentang kita.

image is not available

Kini, beliau memikul harapan bangsa di bahunya. Tugas itu bukan mudah. Setiap hari, beliau berdepan cabaran untuk menyatukan luka lama dengan impian baharu, untuk memelihara sebuah negara yang sering terpisah oleh ketakutan dan perpecahan. Namun, beliau melakukannya dengan keteguhan yang datang daripada perjuangan sepanjang hayat dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap rakyatnya.

Pada hari istimewa ini, saya berdoa agar sahabat saya ini dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan keberanian yang teguh. Malaysia memerlukan keberanian itu. Kita memerlukan kebolehan beliau untuk menyingkirkan gangguan dan melihat janji masa depan.

Kehidupan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa ketabahan bukan sekadar bertahan daripada badai, tetapi bangkit daripadanya dengan hati yang terbuka, integriti yang utuh dan visi yang jelas. Oleh itu, ketika kita meraikan hari lahir beliau, kita juga meraikan harapan yang beliau wakili.

Selamat hari lahir, sahabat dan saudara saya. Semoga jalan di hadapan lebih baik daripada yang telah dilalui, dan semoga negara yang engkau cintai bangkit memenuhi visimu. - Getaran, 10 Ogos 2025