“Selamat maju jaya Rafizi” – PMX Nyatakan Tak Perlu Rombak Kementerian Ekonomi

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, heboh apabila Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan beliau sudah meletakkan jawatan bagi portfolio tersebut.

Pun begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyatakan tidak ada keperluan untuk merombak kementerian tersebut.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin bahawa kementerian itu akan ditutup selepas Datuk Seri Rafizi Ramli nekad melepaskan jawatan anggota Kabinet.

“Saya fikir tidak ada keperluan untuk kita rombak apa-apa setakat ini dan saya ucap selamat maju jaya kepada Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.

Saya akan putuskan pada waktunya mana-mana menteri atau kementerian menjalankan tugas,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Ekonomi dulunya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan kemudian dalam beberapa tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang pertama, dibentuk satu kementerian.

PMX berkata, EPU adalah agensi yang berkesan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan kemudian sebuah kementerian ditubuhkan yang sebenarnya menguruskan fungsi EPU.

Sebelum ini, terdapat perbincangan memansuhkan kementerian itu dengan mewujudkan semula EPU di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai satu agensi Pusat.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.