“Selamat tinggal cermin mata..”- Syed Saddiq tunai permintaan Bella Astilah, jalani rawatan lasik mata

LocalHealth & Fitness
27 May 2025 • 9:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencuri perhatian netizen selepas tular gambarnya bersedia menjalani prosedur lasik untuk membetulkan masalah penglihatan.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan Saddiq dalam pakaian hospital, bersedia sebelum rawatan.

“Lepas ni nampak hidup dalam 4K, selamat tinggal cermin mata!” tulis Bella secara berseloroh dalam kapsyen yang mencuit hati ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

Syed Saddiq tunai permintaan Bella Astilah

Kenyataan itu pantas menjadi tular di media sosial, dengan rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan semangat buat bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ramai yang mengaku teruja untuk melihat penampilan baharu Saddiq tanpa kaca mata, sesuatu yang dianggap ‘ikonik’ sejak awal kemunculannya dalam dunia politik.

Tindakan Saddiq menjalani lasik turut dipuji sebagai satu langkah berani dan memberi inspirasi, terutama dalam kalangan anak muda yang menghadapi masalah rabun.

Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu siaran langsung bersama SinarPlus mendedahkan bahawa Bella pernah memintanya menjalani rawatan lasik bagi mengatasi masalah penglihatan.

Menurutnya, Bella pernah bergurau mengatakan dia enggan menatap wajah Syed Saddiq selagi rawatan itu belum dilakukan.

“Sebab tu, dia (Bella) paksa saya buat lasik. Dia kata tak boleh, kalau saya pakai cermin mata, dia tak nak tengok lagi,” ujarnya sambil tersenyum.

Sumber: IG Bella Astillah