Syed Saddiq seloroh Bella Astillah pandu kereta ‘macam puaka’!

LocalCars
21 May 2025 • 8:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kemesraan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah kembali mencuit hati warganet apabila satu rakaman siaran langsung mereka tular baru-baru ini.

Syed Saddiq seloroh dengan Bella tentang pemanduan penyanyi itu

Menerusi video tersebut yang dikongsi akaun TikTok peminat, Bella secara bersahaja berkongsi satu ‘rahsia’ yang tidak disangka ramai.

“Kalau awak semua nak tahu, Syed Saddiq pernah tulis nombor plat kereta saya dalam telefon bimbitnya. Saya pun tidak tahu apa tujuannya,” katanya.

Syed Saddiq seloroh, Bella bawa kereta sangat bahaya

Namun, jawapan spontan daripada Ahli Parlimen Muar itu berjaya mencuri tumpuan dan mengundang tawa ramai.

Menurutnya, penyanyi tersebut telah memandu dalam keadaan yang agak bahaya dan sangat laju sehingga dia hilang sabar.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq menyatakan dia langsung tidak sedar bahawa kenderaan itu dipandu oleh Bella sehingga dia melihatnya di rumah penyanyi tersebut.

“Dia memandu kereta macam puaka. Bahaya. Dia bawa kereta sangat laju dan sentiasa hon saya. Ketika itu saya tidak sedar itu kereta dia sebab dia ada banyak kereta.

“Cermin kereta dia pula sangat gelap. Dia memandu macam orang gila sebab laju dan tidak memberi signal. Itu saya boleh sabar lagi. Tetapi apabila dia dari laluan paling kanan terus memotong dari tiga ke empat laluan.

“Waktu itu ada kereta lain dan saya terus ambil nombor plat itu untuk buat laporan. Bila sampai rumah dia saya nampak kereta yang sama. Saya selalu bersabar dalam kereta, tetapi saya hampir hilang sabar kerana cara dia memandu,” selorohnya sambil ketawa.

Nakal la Bella ni sampai YB hilang sabar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut ‘terhibur’ melihat gelagat mereka berdua lebih-lebih lagi sewaktu Syed Saddiq memaklumkan yang dia mencatat nombor plat kereta Bella untuk melakukan tindakan lanjut.

image is not available

Bahaya tau, jangan buat lagi

image is not available

YB suruh JPJ saman Bella

image is not available

Gandingan Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam kempen busana raya tempatan tempoh hari seakan berlanjutan apabila pasangan ini sering menjadi perhatian dan mencetuskan fenomena “BASS”.

Rata-rata netizen ‘merestui’ dan terus berharap hubungan mereka membawa ke fasa yang lebih serius.

Sumber: TikTok BungaMelur