"Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan" - Erra Fazira

4 Jan 2025 • 5:42 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira menarik perhatian ramai menerusi hantaran Instagram Story (IGs) terbarunya. 

Dalam ucapan khas itu, Erra menyampaikan ucapan ulang tahun buat seseorang yang disifatkannya sebagai 'mendamaikan' tanpa mendedahkan identiti individu tersebut.

"Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat," tulisnya.

Selain itu, Erra menggunakan lagu latar berjudul Semoga Abadi yang dipopularkan Misha Omar dalam hantaran terbabit.

Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, yang kini telah mendirikan rumah tangga. 

Dalam sejarah peribadinya, Erra mendirikan rumah tangga dengan pengarah Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun. 

Namun, perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2014.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved