“Selamat ulang tahun suamiku” – Dah Berkahwin Sejak Tahun Lepas, Fara Salleh ‘Wish’ Birthday Shuk Sahar

Entertainment
21 Mar 2024 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Shuk Sahar menjadi kontroversi satu masa dahulu apabila terkait dengan kontroversi berkenaan rumah tangganya.

Terbaru, isteri Shuk Sahar kini iaitu Fara Salleh berkongsi gambar suaminya itu di media sosial sempena sambutan kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac lalu.

image is not available

Pasangan itu sebelum ini mendiamkan diri sementara sebelum mengesahkan perkahwinan mereka November tahun lalu.

Fara dalam ucapannya buat suami tercinta bergurau akan sentiasa ‘menambah’ masalah kepada suaminya itu serta mengucapkan selamat hari jadi.

Dalam posting itu, Fara memuatnaik gambar suaminya itu sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.

Sebagai info, sebelum ini Fara dan Shuk tidak menghebahkan hubungan mereka dan akhirnya mereka mengakui sudah berkahwin tetapi tidak mendedahkan secara terperinci majlis pernikahan mereka itu.

Shuk juga dalam satu temu bual podcast mengakui dia bukan sengaja menyorokkan perkahwinan mereka namun dia menunggu masa yang sesuai untuk mennghebahkannya.

Semoga bahagia selalu Shuk dan Fara!

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.