‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen

20 Jun 2023 • 10:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kenderaan pikap ini memandu secara lawan arus di lorong laju di jalan Saratok

‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen. Saban hari ada sahaja berita mengenai kemalangan jalan raya yang dilaporkan di dada-dada akhbar.

Degil dan mementingkan diri. Itu sikap segelintir pengguna jalan raya yang mengambil jalan mudah untuk ke lokasi dengan memandu secara melawan arus melalui jalan sehala meskipun sedar risiko kemalangan.

image is not available
‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen

Pemandu (juga pemilik dashcam) hampir kemalangan sebaik didatangi sebuah kereta pikap

Terbaharu, sebuah kenderaan pikap (hilux) tular apabila kenderaan ini dilihat memandu melawan arus di Jalan Saratok dari arah Betong. Difahamkan melalui video tersebut, kejadian tersebut sempat dirakam pada sekitar 11.39 pagi semalam.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, pemandu berkenaan hampir kemalangan sebaik didatangi sebuah kereta pikap (hilux) yang datang dari arah bertentangan.

Lihat video di bawah:

Diharapkan agar semua pemandu hendaklah mematuhi peraturan jalan raya

Rakaman video dashcam ini dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook Sarawak Roads Update. Menerusi hantaran itu juga, beliau juga meminta pihak penguatkuasa trafik untuk menyiasat perkara tersebut.

Hantaran tersebut telah meraih 12K tontonan dan 100 kongsian (setakat artikel ini diterbitkan).

Tindakan kenderaan pikap yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mengundang kecaman netizen gara-gara bersikap pentingkan diri meskipun sedar risiko kemalangan.

image is not available

Diharapkan agar semua pemandu hendaklah mematuhi peraturan jalan raya kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan terhadap pengguna jalan yang lain.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: