
Kali ini king buat apa pulak?
Selamba Baling Botol Pada Maskot, Warga Kuching ‘Sekolahkan’ Pemandu King Myvi Ini. Sebut sahaja perodua Myvi, pasti terus terlintas di fikiran anda pelbagai insiden dan sikap pemandunya yang selamba meredah jalan raya.
Cara pemanduan mereka yang dikatakan secara ‘membabi buta’ ini sering terakam di dashcam dan tular di media sosial sehingga pemandu kenderaan ini digelar sebagai ‘King Myvi’.

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook melibatkan King Myvi dan maskot beruang sehingga mencetuskan pelbagai kecaman daripada netizen.
Tindakan yang tidak beradab sehingga tercetusnya kecaman daripada netizen
Bagi penduduk Kuching, pasti menyedari kehadiran maskot yang sering menjadi penghibur jalanan di sekitar Waterfront dan beberapa tempat tumpuan di bandar Kuching.

Menerusi perkongsian seorang individu di Facebook, difahamkan pemandu King Myvi ini dengan selambanya membaling botol berisi air ke arah maskot itu yang lalu lalang di sekitar Satok untuk menghibur orang ramai yang berada di situ.
Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.
Menurut netizen, tindakan pemandu King Myvi itu dikatakan melampau dan tidak berhati perut.
“Kalau tak suka pun janganlah buat orang sampai macam tu sekali”
“Maskot ni pun ada perasaan, mereka pun manusia”

Walaupun sekadar penghibur jalanan. mereka tidak memaksa sesiapa sahaja yang lalu lalang untuk memberi ‘habuan’ kepada mereka.
Bahkan, hanya dengan menegur dan melambai ke arah mereka sudah membuatkan mereka seronok dan rasa dihargai oleh orang awam.

