[VIDEO] ‘Memang Semua Serba Boleh’, Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram

27 Feb 2023 • 4:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Tak sekarang macam mana kamurang letak kancil kat belakang Hilux tu?” – netizen

[VIDEO] ‘Memang Semua Serba Boleh’, Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram. Kita dah biasa sangat bila lihat kenderaan pacuan empat roda ini sering dilihat membawa barangan muatan seperti perabot dan sebagainya, kan?

Tapi pernahkah anda lihat apabila kenderaan seperti hilux ini membawa kenderaan lain iaitu kancil? Memang jarang-jarang kita lihat ia berlaku di depan mata ni.

image is not available
[VIDEO] ‘Memang Semua Serba Boleh’, Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram. Sumber: Tiktok

Hebat betul hilux ni bawak kancil naik turun bukit di Miri

Namun baru-baru ini ramai orang yang tertarik dengan satu rakaman video yang telah tular di laman Tiktok, yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, hilux ini dilihat membawa sebuah kereta kancil di kawasan berbukit di Sarawak. Uish bukan kaleng-kaleng!

Difahamkan bahawa video tersebut diambil di Ulu Baram, Miri. Kongsian video tersebut malah bikin netizen terhibur apabila lihat kancil itu terletak di bahagian belakang hilux. Dalam terhibur, netizen turut merasa kagum apabila melihat anak-anak muda ini dapat meletakkan kancil, di bahagian belakang hilux tersebut.

image is not available
Sumber: Tiktok

Lihat video di bawah:

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana kancil tersebut boleh ada di belakang hilux. Jawab pemilik video tersebut, mereka mengangkat kereta kancil tersebut. Uish bukan kaleng-kaleng ya

image is not available
Sumber: Tiktok

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: