Selamba ‘Lepak’ Di Sogo, Artis Antarabangsa Paris Hilton Bakal Promosi Minyak Wangi Pada 13 September

Food
30 Aug 2023 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sosialit antarabangsa dan juga penyanyi, Paris Hilton dilaporkan akan berkunjung ke Malaysia pada 13 September ini.

Difahamkan, kunjungan Paris Hilton kali ini adalah untuk melancarkan keluaran terbaharu minyak wangi jenamanya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush.

Perkara itu turut diuar-uarkan hartawan itu menerusi satu hantaran media sosialnya untuk pengetahuan peminat.

Hai Malaysia! Tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua pada 13 September nanti di Sogo, Kuala Lumpur untuk pelancaran keluaran baharu minyak wangi saya, Paris Hilton Fragrances.

Sebelum ini, Paris Hilton pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2015 di mana dia ada membuat persembahan di acara The Party of The Century di Empire City, Damansara Perdana.

Perkembangan terkini, penyanyi lagu Stars Are Blind itu lebih tertumpu kepada kehidupan keusahawanan berbanding pentas hiburan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Sotong Tu I Rebus Dulu....." - Peminat Minta Kongsi Resipi Sambal Sotong 'Fav' Syamsul, Ira Kaza Siap Kongsi Petua Dapur