Selamba Main Di Balkoni, Netizen Kecut Perut Lihat Kanak-kanak Merangkak Panjat Tingkap Di Sibu

3 Mar 2023 • 12:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi merbahaya kanak-kanak di Sibu

Selamba Main Di Balkoni, Netizen Kecut Perut Lihat Kanak-kanak Merangkak Panjat Tingkap Di Sibu. Sebagai ibu bapa, tugas dan tanggungjawab anda adalah menjaga keselamatan anak anda dan memastikan mereka tidak terdedah kepada situasi yang berbahaya. Terkadang, kecuaian sedikit saja boleh menyebabkan anak-anak berada dalam situasi yang tidak diingini.

Baru-baru ini, China Press melaporkan mengenai dua kanak-kanak kecil di Sibu, Sarawak, yang terlihat merangkak di tepi bangunan mereka sendiri dalam keadaan yang sangat berbahaya.

image is not available
Selamba Main Di Balkoni, Netizen Kecut Perut Lihat Kanak-kanak Merangkak Panjat Tingkap Di Sibu. Kredit: China Press

Menurut laporan itu, jiran mereka menemukan kanak-kanak itu sedang berlegar di tepi bangunan setelah gril tingkap rumah mereka pecah.

Mencemaskan penduduk sekitar itu

Insiden yang mengejutkan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut merangkak ke tepi bangunan, tanpa menyedari bahaya yang mereka hadapi.

Jiran mereka cuba untuk tidak mengejutkan mereka dan meminta bantuan daripada abang mereka yang tinggal berdekatan.

image is not available

Selepas tiba dengan 4 orang rakannya, mereka dapat membantu satu daripada kanak-kanak itu memanjat kembali ke dalam rumah manakala seorang lagi masih merayau-rayau di luar.

Keluar daripada grill rumah mereka yang rosak

Ibu kanak-kanak menjelaskan bahawa kedua-dua anaknya biasanya tidak bermain di sekitar tingkap, dan mereka memanjat keluar kerana rasa ingin tahu dan nakal.

Sejak kejadian itu, ibu kanak-kanak tersebut berjanji untuk memastikan semua tingkap di rumah mereka ditutup dengan baik dan selamat. Gril rumah tersebut telah pun dibetulkan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Ini harus menjadi peringatan kepada semua ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan anak-anak mereka dan berwaspada dengan sebarang risiko.

Baca lagi artikel menarik: