Selamba sambung baca surah, Iqbal Zulkefli rupanya hafal al-Quran sejak usia 14 tahun

13 Jul 2023 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selamba sambung ayat surah Al-Insan tanpa sebarang masalah, ramai yang tidak menyangka rupa-rupanya usahawan Iqbal Zulkefli adalah seorang hafal al-Quran sejak usia 14 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 29 tahun itu di laman Instagramnya, dia telah diterjah oleh seorang individu yang memintanya untuk menyambung ayat al-Quran.

Jelasnya, kali terakhir dia hafal surah Al-Insan ketika usianya 14 tahun dan tidak menyangka masih lancar membaca surah tersebut tanpa sebarang masalah.

“Pertama kali orang terjah saya tanya soalan ni. Jangan risau diri saya tidak pernah hilang. Sama seperti dulu.

“Kali terakhir saya hafal Surah Al-Insan pada usia 14 tahun dulu. Saya sangka saya lupa rupanya ia masih kuat berjalan dalam kepala saya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Iqbal sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa mengingati Allah dalam pada jua keadaan dalam kehidupan seharian.

image is not available

image is not available

Netizen terkejut!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut serta terpegun dengan kelebihan yang dimiliki oleh Iqbal dalam mempelajari al-Quran walaupun dirinya sering terpalit dengan kontroversi.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk Iqbal

Malah, ada segelintir wanita tertarik dengan usahawan tersebut kerana mempunyai keseimbangan di dunia dan akhirat malah, ramai yang mendoakan agar Iqbal terus berjaya di masa akan datang.

image is not availableimage is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Iqbal Zulkefli