Terpukau Tengok Iqbal Sambung Bacaan Ayat Al-Quran, Netizen Kata – “Boleh Pimpin Inspektor Sheila”

13 Jul 2023 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video menunjukkan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menyambung bacaan ayat al-Quran di Instagram dan ia mendapat pujian ramai warganet.

Menerusi rakaman tersebut, Iqbal ditemu bual oleh seorang lelaki yang menerjahnya dengan Surah Al Insan dan meminta bekas teman lelaki Dato’ Seri Vida itu untuk menyambung.

Pertama kali orang terjah saya tanya soalan ni. Jangan risau diri saya tidak pernah hilang.”

Kata Iqbal, dia sendiri tidak menyangka dirinya masih hafal ayat al-Quran itu kerana kali terakhir dia menghafal surah tersebut adalah pada tahun usia 14 tahun.

Ramai warganet yang terpukau menonton video itu dan memuji Iqbal kerana hafal serta mampu menyambung bacaan tersebut.

Rata-ratanya terpegun dan memberikan komen positif selain tidak menyangka walaupun daripada luaran terlihat santai tetapi dia sebenarnya menghafal surah.

Malah, ada yang berseloroh dan berkata ilmu yang dimiliki Iqbal ini boleh digunakan untuk dia membimbing Inspektor Sheila.

image is not available image is not available

image is not available 6 days ago

“Dia Kacak & Tidaklah Besar” - Inspektor Sheila Terbuka Hati Kenali Iqbal Selepas Bertentang Mata