Sejak bulan Februari, YouTube telah membolehkan para penerbit kandungan menjana pendapatan melalui video menegak pendek seumpama TikTok pada platform mereka, dinamakan YouTube Shorts.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan para penerbit kandungan bukan sahaja menjana pendapatan melalui video biasa di YouTube, tetapi juga melalui video pendek YouTube Shorts.
Kini, selang sebulan, sejumlah penerbit kandungan telah mula berkongsi secara terbuka pendapatan yang dijana melalui platform tersebut.
Salah seorang yang berkongsi adalah Zach King, dimana beliau telah menjana sekitar $2,918.10 melalui lebih 196.4 juta tontonan untuk YouTube Shorts.
The first official month of the #YoutubeShorts program is finished, here are my numbers. For context, this is about 2x better than TokTok monetization. And infinitely better than IG monetization. pic.twitter.com/kPIEcilggS
Jon Rettinger turut berkongsi pendapatan beliau, memperlihatkan telah menjana 12.5 juta tontonan, dengan pendapatan sebanyak $591.43.
Lots of Q's on YouTube Shorts $. Here's what we've done this month on 12.5 million views. For context, revenue sharing started in Feb, & YouTube told creators to expect a slow ramp-up. I don't think we'll ever see long-form CPMS but I fully expect these to improve over time. pic.twitter.com/pQWE5VYWM9
Buat masa ini, ia sekadar permulaan sahaja untuk YouTube Shorts, dan kadar RPM untuknya dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa, sekaligus membawa keuntungan yang lebih baik kepada penerbit kandungan. Ramai penerbit kandungan di YouTube sangat optimistik, dan menyasarkan YouTube Shorts menawarkan pulangan yang lebih baik berbanding pada TikTok dan platform lain.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah menjana pendapatan melalui YouTube Shorts?


