Selangkah Mengatakan Data Tertiris Bukan Daripada Pangkalan Data Mereka

TechnologyDigital
1 Mar 2024 • 8:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kumpulan penggodam R00tk1t mendakwa mereka berjaya menggodam Selangkah dan berjaya mencuri pangkalan data aplikasi yang dibangunkan ketika pandemik tempoh hari. Pihak Selangkah Ventures telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan data tersebut adalah daripada pangkalan data mereka.

image is not available

R00tk1t mengancam untuk menjual data yang dicuri ini kepada pihak yang berminat. Sehingga kini pihak kementerian yang didakwa digodam serta Cyber Security Malaysia masih enggan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai beberapa dakwaan R00tk1t. Hanya PADU dan kini Selangkah mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan data yang dicuri adalah daripada mereka.

Antara dakwaan R00tk1t ialah mereka telah berjaya mencuri data LPPKN sebesar 27TB yang dijual pada harga sekitar $150,000. Lebih merisaukan mereka turut mendakwa mempunyai orang di dalam organisasi yang membantu mereka melakukan aktiviti menggodam.