Selangor bakal perkenal garis panduan AI, bentang Kertas Putih di DNS

LocalTechnology
5 Aug 2026 • 1:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor bakal perkenal garis panduan AI, bentang Kertas Putih di DNS

SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan garis panduan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan pembangunan teknologi itu dilaksanakan secara lebih tersusun.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, garis panduan itu akan diperkenalkan menerusi Kertas Putih AI yang disediakan dalam tiga fasa meliputi kajian, penanda aras serta pembangunan Digital Government Playbook.

Menurutnya, selepas proses penyediaan selesai, Kertas Putih AI itu akan dibentangkan termasuk di Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk dibahaskan.

"Kertas putih ini menyentuh pengalaman kita dalam sosial media. Sebelum ini kita tak ada garis panduan, etika atau mengetahui cabarannya dan sebahagian kita jadi mangsa media sosial.

"Justeru AI masuk kepada kita dengan menyedari kebaikan dan cabarannya. Jadi Kertas Putih ini akan menggariskan keseluruhan bidang AI supaya kita faham kajiannya, tambah nilainya.

Image from: Selangor bakal perkenal garis panduan AI, bentang Kertas Putih di DNS
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan di Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 5 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

"Ini akan jadi garis panduan di Selangor, bagaimana kita berdepan dan berinteraksi dengan AI," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei pada sidang DNS di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga merancang melancarkan tujuh aplikasi baharu yang dibangunkan menerusi program Teraju AI 2.0 sebagai kesinambungan fasa pertama bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran negeri.

Beliau berkata, pembangunan aplikasi itu membabitkan kira-kira 50 peserta daripada tujuh jabatan yang bersama-sama membangunkan penyelesaian berasaskan AI mengikut keperluan perkhidmatan kerajaan.

"Fasa kedua telah dirancang untuk bolehkan sistem secara langsung (go-live) digunakan menyeluruh. Jadi tujuh aplikasi baharu ini akan dilancar dan diperkenalkan kepada rakyat.

"Contohnya Media Selangor. Gunakan AI untuk pencarian berita atau topik tertentu. Kalau dulu tak guna aplikasi AI tapi sekarang gunakan kaedah SEIRA (Selangor Intelligence Rakyat Assistance) dan NISA," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved