Selangor benarkan waktu kerja fleksibel penjawat awam sepanjang Ramadan

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 8:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA SELANGOR, 10 FEB: Kerajaan Selangor akan membenarkan pelaksanaan waktu kerja fleksibel kepada penjawat awam sepanjang bulan Ramadan, dengan pelaksanaannya bergantung kepada keperluan operasi dan kesesuaian jabatan masing-masing.

Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, sebahagian jabatan mungkin melaksanakan penjadualan kerja yang lebih fleksibel bagi membolehkan kakitangan pulang lebih awal, namun operasi kritikal akan terus berjalan mengikut waktu kerja biasa.

Menurut beliau, pengaturan berkaitan perkara itu akan dimuktamadkan selepas perbincangan bagi memastikan pelaksanaan dibuat secara teratur dan tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan.

“Kita akan menilai situasi dan keadaan semasa, khususnya jika terdapat permohonan, memandangkan pelaksanaan waktu kerja fleksibel telah pun dimulakan. Namun, Ramadan bukan masa untuk berhenti bekerja.

“Saya percaya ketua-ketua jabatan boleh menyusun semula pengaturan kerja mengikut kesesuaian, memandangkan terdapat jabatan yang perlu beroperasi sehingga lewat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek berskala besar Bestari PV Solar di Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

Ramadan dijangka bermula pada Khamis ini (19 Februari).

Pada tahun lalu, penjawat awam Selangor dibenarkan pulang 30 minit lebih awal sepanjang Ramadan, iaitu antara jam 4 petang hingga 5.30 petang, bergantung kepada tempoh waktu bekerja sembilan jam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved