Ramadan 2026: Penjawat Awam Wanita NS Boleh pulang Jam 2 Petang Setiap Jumaat

4 Feb 2026 • 5:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal pada jam 2 petang setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan 2026.

image is not available

Kakitangan wanita dibawah SUK negeri

Memetik laporan daripada Kosmo!, kelonggaran itu membabitkan kakitangan di bawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun negeri.

image is not available

Kelonggaran untuk kakitangan di bawah SUK N.9

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas Ramadan itu melibatkan kira-kira 2,496 penjawat awam wanita di negeri berkenaan.

“Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
“Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik.
Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.
image is not available

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: MB Perlis Tegur Penjawat Awam Keluar Minum Waktu Kerja, Boleh Beri Persepsi Negatif

Pelaksanaan kelonggaran waktu kerja ini dijangka memberi keselesaan dan memudahkan kakitangan wanita menunaikan ibadah serta aktiviti keluarga sepanjang Ramadan.Sumber: Kosmo! (Nor Ainna Hamzah)

The post Ramadan 2026: Penjawat Awam Wanita NS Boleh pulang Jam 2 Petang Setiap Jumaat appeared first on Borak Daily.