Selangor cipta sensasi ke final Kejuaraan Kelab ASEAN

13 May 2026 • 8:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Selangor cipta sensasi ke final Kejuaraan Kelab ASEAN
Moraes (kiri) meraikan jaringannya bersama Faisal Halim. Foto Selangor FC

SELANGOR FC mencipta sensasi apabila melangkah bergaya ke pentas final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menundukkan kelab Vietnam, Nam Dinh FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thien Truong, Vietnam pada Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah melengkapkan kemenangan agregat 4-1 selepas turut mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), minggu lalu.

Penyerang sensasi, Chrigor Moraes muncul wira perlawanan apabila menjaringkan kedua-dua gol buat skuad kendalian Kim Pan-gon itu bagi memastikan tiket ke perlawanan akhir menjadi milik mereka.

Gol pertama Selangor hadir pada minit ke-40 selepas Selangor dihadiahkan sepakan penalti dan Moraes tenang menyempurnakan sepakan untuk meletakkan Gergasi Merah selesa di depan.

Peledak import dari Brazil itu sekali lagi menceriakan kem Selangor apabila meledak gol kedua hasil hantaran kemas Zikri Khalili pada penghujung separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Bagi aksi final nanti, Selangor kini sedang menanti lawan antara satu lagi pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) atau kelab Thailand, Buriram United yang sedang berentap bagi penentuan slot akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved