Selangor disaran tubuh pasukan khas tangani hotspot banjir berulang

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 4:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor disaran tubuh pasukan khas tangani hotspot banjir berulang

SHAH ALAM, 18 NOV: Kerajaan Negeri disaran menubuhkan pasukan petugas khas (task force) pengurusan banjir bersepadu bagi menangani masalah banjir di lokasi berisiko tinggi secara menyeluruh.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata pasukan itu boleh diselaraskan menerusi Jawatankuasa Tindakan Daerah sedia ada yang melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

“Setiap lokasi panas banjir perlu dikenal pasti melalui data, dikaji punca sebenar dan mempunyai pelan tindakan yang jelas, termasuk agensi bertanggungjawab serta tempoh penyelesaian.

“Saya berharap selepas setiap kejadian banjir, bukan hanya bantuan kepada mangsa diberikan, tetapi satu penilaian bersama dibuat untuk mengenal pasti punca dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Belanjawan Selangor 2027 pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sementara itu, Wei Kiat turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tahap kebersihan di Selangor yang didapati masih belum memuaskan.

Menurutnya, masalah berkenaan masih berlarutan berikutan prestasi kontraktor lantikan KDEB Waste Management (KDEBWM) yang tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Negeri menilai semula mekanisme pemantauan prestasi kontraktor, termasuk peranan KDEB dan PBT, dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas serta tindakan terhadap kontraktor yang gagal.

“Kontraktor menerima kontrak bernilai ratusan ribu ringgit. Tetapi apabila kerja tidak dilaksanakan dengan baik, siapa yang kena marah? Ahli Majlis, wakil rakyat dan PBT.

“Kadang-kadang kita pula yang perlu turun padang, mengambil gambar, membuat aduan dan memantau kerja kontraktor,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved