Selangor FC sasar menang baki perlawanan Liga Super, layak Piala AFC

7 Jan 2025 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor FC menyasarkan kemenangan dalam baki lapan perlawanan Liga Super musim ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata kemenangan penting bagi mengekalkan kedudukan kedua dalam liga sekali gus menempah tiket ke saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

“Jika kelab raih nombor dua, kita ke Asia sekali lagi sama ada boleh mengejar Johor Darul Ta’zim (JDT), ia ditentukan peluang mereka tercicir mata.

“Tersingkir Piala Malaysia mengecewakan, walaupun Piala Cabaran bukan sasaran utama, Selangor FC akan berusaha mencapai keputusan terbaik,” kata Dr Johan Kamal Hamidon kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menghargai pemberian insentif RM500,000 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas kejayaan layak ke peringkat akhir Piala FA lalu.

“Sumbangan sudah diserah kepada pemain sebelum perlawanan akhir namun kelab tewas kepada JDT.

“Pemberian sumbangan ini merupakan penghargaan kepada kerja keras dan komitmen ditunjukkan pemain hingga layak ke akhir,” katanya.

image is not available
Aksi separuh masa kedua pada perlawanan Liga Super 2024/2025 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 27 Oktober 2024. Foto Facebook Selangor FC

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved