Selangor FC tidak mohon peruntukan tiket Piala Sumbangsih

LocalFootball
5 May 2024 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar kenyataan JDT di laman media sosial mereka pada Ahad.

SELANGOR FC tidak memohon sebarang peruntukan tiket buat penyokong pasukan itu pada aksi Piala Sumbangsih yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards berkata, Selangor FC hanya meminta polis pengiring, air mineral, minuman isotonik, ais dan 30 tiket grandstand menerusi satu surat pada Rabu lalu.

"JDT ingin mengesahkan bahawa kami tidak menerima sebarang permintaan untuk peruntukan tiket penyokong lawan bagi perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim 2024/25 antara Harimau Selatan dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

"Atas sebab itu, tiket untuk penyokong lawan tidak diperuntukkan. Ia menjadi kebiasaan untuk pasukan lawan memohon peruntukan tiket sebelum jualan tiket dibuka kepada umum," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jualan tiket untuk aksi Piala Sumbangsih itu yang menemukan juara bertahan, JDT dan Selangor FC telah mula dibuka pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved