KUALA LANGAT, 6 JAN: Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan polisi tiada bunuh atau ‘No Kill Policy’ dalam usaha memelihara haiwan terbiar di Selangor.
EXCO kerajaan tempatan berkata setiap anjing yang ditangkap akan ditempatkan di pusat penempatan sementara milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi proses pemandulan dan pemvaksinan.
Dato’ Ng Suee Lim menambah pihaknya juga bersedia menyalurkan dana bagi menjayakan program yang membabitkan peranan semua PBT dan badan bukan kerajaan.

“Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah menyahut seruan untuk menjadi perintis melaksanakan polisi ini namun ia membabtikan dana besar.
“Di pihak saya, sedia untuk memperuntukkan dana antara RM100,000 hingga RM200,000 manakala selebihnya (kos) ditanggung PBT,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelarasan Dan Penyeragaman Amalan Terbaik PBT Selangor di Hotel Amverton Cove Golf & Island Resort di sini.

Menurutnya Suee Lim, polisi berkenaan juga menumpukan cadangan pemberian pelesenan dengan syarat pemilik perlu memastikan anjing mereka telah dimandul dan diberi vaksin.
“Program juga bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan pemilik untuk memastikan anjing peliharaan mereka tidak berkeliaran di merata tempat yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk,” katanya.
The post Selangor hasrat laksana polisi tiada bunuh, pelihara haiwan terbiar appeared first on Selangorkini.



![Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Perbandaran Seremban Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/property.jpeg)