Selangor hasrat tubuh suruhanjaya tingkat perkhidmatan PBT

10 Nov 2023 • 5:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 NOV: Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan bakal ditubuhkan tahun hadapan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk tempoh respon terhadap aduan rakyat.

Dijangka dibentuk pada suku ketiga 2024, Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini berkata proses pembentukan suruhanjaya itu akan dibahaskan dalam Sidang Dewan Negeri kali ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penubuhannya bagi mewujudkan bandar berdaya huni dan mampan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri paling bersih.

Selangor mempunyai jumlah penduduk paling ramai di Malaysia yang kini sudah mencecah 7 juta. Antara cabaran utama urbanisasi adalah aspek seperti kepesatan penduduk, pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan jalan, pembersihan longkang dan persekitaran.

“Selain mewujudkan bandar yang berdaya huni dan mampan di setiap PBT, saya ingin melihat Selangor menjadi negeri yang paling bersih persekitarannya. Pengurusan sisa harus diperkukuhkan dan kita tidak boleh ambil sikap leka. Orang yang membuang sampah secara tidak bertanggungjawab akan diambil tindakan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved