Selangor juara Piala Agong 2024

LocalFootball
18 Oct 2024 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menyampaikan hadiah kepada pemain bola sepak pasukan Selangor yang menjuarai Piala Agong 2024 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, pada Jumaat. Foto Bernama

image is not available
Selangor muncul juara juara bola sepak Piala Agong 2024 selepas menewaskan Pahang 3-0. Foto Bernama

SELANGOR muncul juara juara bola sepak Piala Agong 2024 selepas menewaskan Pahang 3-0 dalam perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah di sini malam ini.

Kemenangan itu diraih menerusi jaringan pembukaan oleh Muhammad Faris Hafiz Azhar seawal minit kelapan diikuti Muhammad Danish Asraf Mohd Noor Azli di minit ke-64 sebelum Iqbal Hazim Radzi menambah gol pada minit ke-88.

Selaku juara Selangor membawa hadiah kemenangan sebanyak RM10,000 beserta pingat dan piala pusingan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Ketua Jurulatih Selangor. Muhammad Zamri Hassan berkata, kemenangan itu menyuntik semangat kepada pasukan bimbingannya bagi meneruskan cabaran pada saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi ke-102 di bandaraya Melaka bermula Isnin ini hingga 27 Okt ini.

"Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini kerana ia merupakan kali kedua berturut kita memenanginya di samping membalas dendam selepas kekalahan pada separuh akhir pada edisi (PERR) sebelum ini.

"Lebih penting kita mahu memastikan kesemua pemain dapat mengekalkan kecergasan dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

**media[2853203]**

Muhammad Zamri berkata, konsep pertandingan secara karnival itu juga bakal menguji daya ketahanan pemain Selangor kerana dijadualkan berdepan tiga perlawanan secara tiga hari berturut-turut.

Pada edisi tahun ini menyaksikan Selangor diundi dalam Kumpulan B bakal berdepan Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan manakala Pahang juara bertahan PERR edisi lepas berada dalam Kumpulan D bersama Bomba, Kelantan dan Pulau Pinang.

Melaka selaku tuan rumah pula berada dalam Kumpulan A bersama Kuala Lumpur, Perak dan Perlis sementara Kumpulan C diwakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Akademi Mokhtar Dahari (AMD), PDRM dan SPRM.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di lapan venue iaitu Stadium Hang Tuah, Stadium Tun Fatimah, Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah dan Henry Gurney Telok Mas Dragor Bukit Katil, Wisma MAFA, Kompleks Rakan Muda Lendu dan UiTM Alor Gajah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved