Selangor laksana lima projek kurangkan sisa ke tapak pelupusan

27 Jul 2022 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 JULAI: Selangor melaksanakan lima projek ke arah sistem pengurusan sisa bersepadu untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan.

Dato’ Menteri Besar berkata tiga daripa lima projek itu dianggap sebagai pemacu perubahan (game changer) iaitu Pembangunan Fasiliti Pemulihan Bahan (MRF).

Dua lagi ialah Pelan Tindakan Pengurusan Sisa dan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) dengan loji rawatan Sisa kepada Tenaga (WTE).

“Pembinaan WTE dijangka mampu mengurus 4,700 tan sisa pepejal setiap hari dan menjana lebih 90MW elektrik menyumbang lebih 67 peratus daripada jumlah sisa pepejal yang dijana.

“Seterusnya campuran tenaga boleh diperbaharui dipertingkat serta mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sanitari dan meningkatkan kadar kitar semula,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor.

Menurut beliau, secara purata, Selangor menjana 7,220 tan sisa pepejal sehari, bersamaan 22 peratus daripada sisa pepejal negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved