Selangor Laksana Penjualan Beras Putih Tempatan 5KG/Bag Dengan Harga RM13

22 Sep 2023 • 12:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Selangor bakal melaksanakan penjualan beras putih 5KG/bag dengan harga RM13 sebagai langkah tambahan kepada kawalan harga siling oleh pihak Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan rakyat di negeri tersebut boleh melakukan pembelian di empat outlet Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) serta tiga lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga hujung tahun ini.

“Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) bagi perkara berhubung kekurangan stok di kedai dan pasaran.

“Kepada rakyat Selangor, jika terdapat sebarang masalah bekalan, anda boleh menghubungi KSPDS di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun talian melalui aplikasi WhatsApp.

“Kerajaan Negeri melalui KSPDS komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan,” kata menerusi satu kenyataan di laman X.

image is not available

Foto: Suara Merdeka

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, bekalan beras putih tempatan (BPT) di Selangor adalah mencukupi sehingga penghujung September ini dan bekalan akan stabil bermula Oktober ini.

Amirudin berkata, stok masih mencukupi berdasarkan keperluan Selangor yang memerlukan kira-kira 45,500 tan beras sebulan untuk menampung kegunaan penduduk di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu antara faktor kukurangan bekalan beras adalah disebabkan negara India menghentikan pengeskportan beras varian bukan basmathi pada Julai lalu.

Antara faktor lain adalah pengeluaran padi merundum akibat cuaca dan penyakit.

Sumber: X @Amiruddin Shari