Selangor mahu perkukuh kerjasama teknologi tinggi dengan Jerman

LocalTechnology
22 Sep 2026 • 10:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor mahu perkukuh kerjasama teknologi tinggi dengan Jerman

SHAH ALAM, 22 SEPT: Selangor mahu memperkukuh kerjasama dengan Jerman dalam bidang teknologi tinggi dan pembangunan bakat, khususnya sektor semikonduktor serta reka bentuk cip.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata usaha itu turut merangkumi hasrat memposisikan Selangor sebagai pintu masuk kepada syarikat Jerman yang mahu berkembang ke ASEAN.

Menurut beliau, delegasi Selangor mengunjungi Berlin Adlershof Science and Technology Park yang menghimpunkan kira-kira 1,300 syarikat dan 18 institusi saintifik dalam satu ekosistem yang menghubungkan perniagaan, penyelidikan dan bakat.

“Ke hadapan, kita berharap dapat memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pengetahuan mengenai ekosistem teknologi tinggi, memposisikan Selangor sebagai pintu masuk bagi syarikat Jerman yang mahu berkembang ke ASEAN serta meneroka kerjasama bakat, khususnya dalam sektor semikonduktor dan reka bentuk cip,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Image from: Selangor mahu perkukuh kerjasama teknologi tinggi dengan Jerman
EXCO Pelaburan Ng Sze Han bersama delegasi Selangor ketika mengadakan pertemuan bersama wakil Siemens Energy di Berlin, Jerman. Foto Facebook Ng Sze Han

Dalam lawatan sama, delegasi tersebut turut melawat kemudahan Siemens Energy di Berlin bagi melihat operasi pembuatan turbin gas berteknologi maju.

Lawatan itu turut disertai wakil Siemens Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Frankfurt.

Sze Han berkata kunjungan berkenaan memberi pendedahan kepada delegasi mengenai peranan teknologi tenaga maju dan keupayaan pembuatan dalam menyokong permintaan industri yang semakin meningkat.

“Lawatan ini juga memberi peluang kepada kita memahami bagaimana teknologi tenaga maju dan keupayaan pembuatan dapat menyokong permintaan industri yang semakin berkembang ketika sektor tenaga bergerak ke arah masa depan yang lebih bersih dan mampan.

“Siri pertemuan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kerjasama Selangor-Jerman dalam bidang teknologi, pelaburan, bakat dan tenaga,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved