Selangor perkasa latihan atlet, buru juara Para SUKMA 2026

25 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkasa latihan atlet, buru juara Para SUKMA 2026

SHAH ALAM, 25 OGOS: Atlet Selangor yang bakal beraksi pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 memulakan latihan insentif hari ini sebagai pecutan terakhir menjelang temasya bermula 5 September depan.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi berkata latihan itu bagi memastikan semua atlet berada pada landasan tepat dalam usaha memburu gelaran juara buat pertama kali.

“Sebenarnya persiapan mereka sama dengan barisan atlet SUKMA, berjalan seiringan. Insya-Allah dalam tempoh kita tetapkan ini, kita jangka mereka boleh berjaya macam kejayaan SUKMA.

“Dalam tempoh dua minggu ini, kita letakkan mereka dalam latihan insentif. Harap usaha ini dapat kekalkan momentum prestasi mereka dan berupaya meraih banyak pingat,” katanya kepada Media Selangor.

Image from: Selangor perkasa latihan atlet, buru juara Para SUKMA 2026
Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Mohamad Nizam berharap semua atlet akan memberi aksi bertenaga dan kekal fokus selain menyasarkan acara renang dan akuatik bakal menjadi lubuk merangkul pingat emas.

Para SUKMA yang bermula 5 hingga 10 September ini melibatkan 369 acara dengan mempertandingkan 10 jenis sukan iaitu renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia dan powerlifting.

Dalam temasya dwi-tahunan itu, seramai 258 individu membabitkan atlet dan pegawai akan terlibat.

Malam tadi, EXCO Pembangunan Sukan Mohd Najwa Halimi memaklumkan pihaknya kini memberi fokus sepenuhnya kepada kontinjen Para SUKMA selepas dinobat juara SUKMA 2026.

Menurutnya, MSN Selangor akan melipatgandakan gerak kerja dan juga latihan semua atlet selain segala kemudahan dan fasiliti yang digunakan untuk SUKMA, diberi kepada mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved