Selangor perkenal pusat integrasi data bas tahun depan

13 Nov 2026 • 4:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkenal pusat integrasi data bas tahun depan

SHAH ALAM, 13 NOV: Pembangunan Pusat Mobiliti Selangor atau Selangor Mobility Nexus akan diperkenal tahun depan bagi mengumpulkan semua data berhubung penggunaan bas termasuk lokasi, stesen hentian serta waktu ketibaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sistem berpusat itu berperanan sebagai pusat integrasi data memandangkan ketika ini maklumat mobiliti agak berselerak berikutan digerakkan agensi atau pemegang taruh berlainan.

“Rantaian Mesra Sdn Bhd akan memperkukuh pusat ini dengan kos RM1.5 juta. Ia memberi tumpuan utama pada kerja pengintegrasian data termasuk sistem Journey Planner - Selangor Integrated Transport System, Scan-to-Ride, aduan pengguna dan pemetaan laluan mobiliti.

“Sistem ini bertujuan supaya rakyat tidak memerlukan banyak aplikasi untuk mengetahui lokasi dan stesen hentian bas ataupun waktu ketibaan bas,” katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2027 hari ini.

Image from: Selangor perkenal pusat integrasi data bas tahun depan
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Pada Julai, EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri meneroka potensi kerjasama strategik dengan Institute for Transportation and Development Policy (ITDP) Indonesia bagi memperkukuh agenda mobiliti serta pembangunan sistem pengangkutan awam yang mampan.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata kerjasama itu memfokuskan aspek mobiliti bandar mampan dan perancangan pengangkutan awam selain memperkukuh agenda mobiliti ke arah sistem pengangkutan yang lebih mudah diakses, inklusif dan mampan untuk semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved