Selangor perkukuh kesiapsiagaan banjir melalui latihan amal dan simulasi

LocalEnvironment
15 Jul 2026 • 1:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkukuh kesiapsiagaan banjir melalui latihan amal dan simulasi

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Selangor giat melaksanakan latihan amal dan simulasi bencana di peringkat daerah serta komuniti sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi risiko banjir.

EXCO Pengurusan Bencana, Mohd Najwan Halimi berkata, pelbagai latihan simulasi telah dilaksanakan sejak awal tahun dan diselaraskan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) dengan kerjasama pihak berkuasa di peringkat daerah serta komuniti.

“Latihan ini bagi memberi kefahaman secara langsung kepada ketua kampung serta komuniti mengenai peranan yang boleh dimainkan sekiranya berlaku bencana.

“Persiapan telah dimulakan awal tahun, kita tidak menunggu antara dua hingga tiga bulan menjelang musim Monsun Timur Laut,” katanya.

Image from: Selangor perkukuh kesiapsiagaan banjir melalui latihan amal dan simulasi
EXCO Sukan Najwan Halimi (tengah) bersama Pengarah Urusan Malaysia Airport Dato Mohd Izani Ghani (kiri) dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dato’ Meor Ismail Meor Akim melakukan simbolik pelancaran Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 Latih amal bencana udara di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah pada 15 Julai 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Latih Amal Bencana Udara: Program Ex Urban Falcon 2026 di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Mohd Najwan berkata, UPBN turut memantau perkembangan perubahan iklim dan situasi semasa melalui Pusat Kawalan Bencana yang beroperasi sepanjang masa.

“Pemantauan yang dijalankan tidak hanya memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan cuaca, sebaliknya turut meliputi struktur serta pergerakan tektonik.

“Ini termasuk persediaan sekiranya berlaku kejadian seperti gempa bumi, sebagaimana yang berlaku di beberapa tempat lain,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved