Selangor pertimbang naikkan Insentif Haji Muassasah kepada RM2,000 - MB

LocalPolitics
18 Apr 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 18 APR: Kerajaan Negeri pertimbang menaikkan bantuan haji kepada RM2,000 dalam tempoh dua tahun akan datang, selaras dengan janji dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peningkatan bantuan Insentif Haji Muassasah itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan negeri.

image is not available
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS1, Petaling Jaya pada 18 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Dalam manifesto kita ketika PRN 2023, kita akan naikkan kepada RM2,000, insya Allah dalam tempoh satu dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Cabang Petaling Jaya dan Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS 1, petang tadi.

image is not available
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dalam Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS1, Petaling Jaya pada 18 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Untuk tahun ini, beliau berkata bantuan haji dinaikkan kepada RM1,500 berbanding RM1,000 sebelum ini bagi meringankan beban jemaah.

"Program ini bermula sekitar 2015 hingga 2016 dengan bantuan RM400, kemudian dinaikkan kepada RM500.

"Namun bagi tahun ini, kita naikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500 kepada 6,000 jemaah haji yang pergi secara muassasah," katanya yang turut memaklumkan kerajaan Negeri turut menaja 72 jemaah haji sepenuhnya pada tahun ini.

Beliau menambah inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk dalam urusan ibadah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved