Selangor Red Giants OG Esports (SRG) Cipta Hatrik, Juara MPLMY Selepas Tewaskan Homebois

15 Jun 2025 • 8:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selangor Red Giants (SRG) mempertahankan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 selepas menewaskan Homebois 4-0 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad.

SRG dibarisi Mark Genzon Sojero Rusiana (kramm), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekysss), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan John Vincent Banal (Innocent) dan Gojes.

Skuad kendalian Michael Angelo Bocado atau dikenali Arcadia itu mempamerkan disiplin tinggi dalam menyerang dan bertahan membawa mereka mendominasi cabaran pentas akhir.

Untuk rekod, SRG.OG melengkapkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan MPLMY S15 sehingga saingan final hari ini.

Malah, Gold Laner SRG, Innocent, mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi pemain Gold Laner pertama yang meraih empat 'Savage' dalam saingan musim ini.

Kedua-dua pasukan itu akan mewakli Malaysia ke Kejohanan Mid Season Cup (MSC) 2025 di Riyadh, Arab Saudi, Julai nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved