Selangor salur RM32.53 juta manfaat penerima Skim Mesra setakat 30 September

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 2:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor salur RM32.53 juta manfaat penerima Skim Mesra setakat 30 September

SHAH ALAM, 18 NOV: Kerajaan Selangor membelanjakan RM32.53 juta bagi Skim Mesra merangkumi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) setakat 30 September lalu.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata perbelanjaan skim yang memperuntuk RM55 juta itu dijangka terus meningkat sehingga hujung tahun ini.

"Sehingga 30 September lalu, RM32.53 juta telah dibelanjakan, bersamaan 59.14 peratus perbelanjaan daripada ini dijangka terus meningkat memandangkan penerima mempunyai tempoh 90 hari untuk menggunakan baucar yang diterima.

"Agihan baucar kepada penerima yang lahir pada Oktober hingga Disember belum dilaksanakan setakat tarikh pelaporan tersebut. Bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), sebanyak RM70.83 juta telah dibelanjakan.

"Perbelanjaan ini dijangka terus meningkat susulan pembukaan permohonan BINGKAS 3.0 yang baharu dilancarkan. Sementara itu, di bawah Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS), Kerajaan Negeri telah mengagihkan RM630,661.25 bagi pelaksanaan Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS) sehingga 31 Oktober lalu," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Teratai, Yew Jia Haur berkenaan peruntukan dibelanjakan bagi program BINGKAS, Skim Mesra dan dan BRAIS pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Image from: Selangor salur RM32.53 juta manfaat penerima Skim Mesra setakat 30 September
EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari ketika Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 18 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Anfaal memaklumkan 44,642 permohonan telah diterima bagi Skim Mesra dengan 21,412 permohonan diluluskan, 482 permohonan ditolak dan baki 22,748 permohonan masih dalam proses.

Jelas Anfaal, sekiranya mengambil kira keseluruhan Skim Mesra yang turut merangkumi kategori orang kurang upaya (OKU), sebanyak 51,004 permohonan telah diterima dengan 24,310 permohonan diluluskan, 833 permohonan ditolak dan 25,861 permohonan masih dalam proses.

"Bagi BINGKAS pula, tiada pembukaan permohonan baharu sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu, bagaimanapun, semakan dan kelulusan permohonan sedia ada masih diteruskan pusat khidmat masyarakat tertakluk kepada kekosongan kuota.

"Sehingga 30 September, seramai 20,333 penerima aktif direkodkan di bawah Program BINGKAS, manakala 14,320 permohonan masih dalam proses dan 20,508 permohonan telah ditolak.

"Dibawah ANIS pula, jumlah permohonan yang diterima bagi permohonan program BRAIS dalah sebanyak 4,096 permohonan. Sehingga 31 Oktober lalu 713 permohonan telah diluluskan dan 1,612 permohonan ditolak dengan baki permohonan 1,771 telah disemak dan sedang menunggu kelulusan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved