Selangor semak semula dasar pengangkutan, galak lebih ramai guna pengangkutan awam

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 11:57 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor semak semula dasar pengangkutan, galak lebih ramai guna pengangkutan awam

SHAH ALAM, 5 OGOS: Selangor bercadang menilai semula garis panduan serta dasar pengangkutan negeri ini daripada kaedah konvensional kepada indikator sasaran kebolehcapaian multimodal bagi memperkasa perkhidmatan pengangkutan awam.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata kaedah baharu itu akan menggabungkan aspek penilaian pengangkutan (TA) dan penilaian impak trafik (TIA) sekali gus memenuhi keperluan akses pengangkutan.

“Ini bermakna kita mengukur seseorang ke satu-satu destinasi dengan mengambil kira masa menerusi pelbagai mod seperti kereta persendirian, bas, transit aliran ringan (LRT), basikal dan berjalan kaki.

“Kita akan ukur masa untuk setiap kedah ini. Jadi tiba masa kita menilai semula garis panduan konvensional ini dengan analisa melibatkan TA dan TIA bagi memastikan jaringan pengangkutan lebih sempurna.

“Ini bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan trafik tetapi dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selaras dengan sasaran penggunaan 40 peratus pengangkutan awam di kawasan bandar,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada Jun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti jurang dalam rangkaian pengangkutan awam sebagai sebahagian usaha memperkukuh kesalinghubungan perjalanan pertama dan terakhir (first and last mile connectivity) sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap kenderaan persendirian.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, pentadbiran akan mengadakan libat urus dengan semua pengendali pengangkutan termasuk syarikat bas dan penyedia Transit Responsif Permintaan (DRT) seperti Bas Smart Selangor serta Prasarana bagi mengenal pasti kelemahan liputan dan integrasi perkhidmatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved