MB Selangor mohon maaf! Kesal tindakan petugas pengiring disyaki jerkah pemandu awam

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tampil memohon maaf susulan penularan satu hantaran di media sosial yang mendakwa seorang petugas pengiringnya bertindak kasar terhadap pengguna jalan raya ketika kesesakan lalu lintas berhampiran plaza tol.

Aduan daripada pemandu awam

Dalam hantaran yang tular itu, seorang individu mendakwa petugas pengiring yang menaiki sebuah Proton X70 membuka tingkap kenderaan lalu memakinya kerana tidak memberi laluan ketika keadaan jalan raya sesak.

“Sajalah nak tanya, escort MB Selangor ni memang jenis yang tak berakai ke? Tadi tengah jem-jem teruk waktu orang nak balik kerja. Boleh pula kereta Proton X70 escort kereta MB Selangor ni turunkan tingkap jerkah maki bodoh sebab tak kasi laluan.
“Dia tak nampak ke dekat tol celah mana nak mencilok, depan ada kereta. Partner dia dekat depan pun tengah bukakan jalan, tiba-tiba kau buka tingkap maki dekat kereta aku cakap bodoh.
“Orang hutan mana kutip ni? Sejenis tak berakal. Macam mana ah Menteri Besar-Menteri Besar ni boleh ada orang macam ni,” tulisnya.

Image from: MB Selangor mohon maaf! Kesal tindakan petugas pengiring disyaki jerkah pemandu awam MB Selangor mohon maaf

Susulan itu, Menteri Besar Selangor memaklumkan semakan telah dilakukan dan beliau secara peribadi memohon maaf atas insiden berkenaan. Beliau turut memaklumkan bahawa teguran telah diberikan kepada petugas terbabit dan langkah akan diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Berhubung isu video yang tular ini, setelah semakan dilakukan, secara peribadi saya memohon maaf atas perlakuan tersebut. Teguran telah dibuat ke atas petugas tersebut oleh Pentadbiran saya dan akan dielakkan daripada berulang lagi di masa hadapan.
Sekali lagi saya mohon maaf.”

Image from: MB Selangor mohon maaf! Kesal tindakan petugas pengiring disyaki jerkah pemandu awam

Sumber: Thread amirudin_shari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved