Selangor tempat ketiga, Sarawak juara keseluruhan SUKSEM 2022

31 Oct 2022 • 11:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 OKT: Kontinjen Selangor menduduki tempat ketiga dalam Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri SeMalaysia (SUKSEM) yang berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober.

Mengutip 22 mata keseluruhan, tuan rumah berjaya meraih satu emas dalam acara e-sukan menerusi PUBG dan Mobile Legend manakala dua perak disumbang skuad bola jaring serta boling.

Sarawak muncul juara edisi kali ini dengan 51 mata selepas meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa diikuti Sabah dengan 30 mata hasil pungutan tiga emas.

SUKSEM kali ini yang tertangguh sejak dua tahun lalu akibat penularan Covid-19 menjadi penganjuran julung kali di Selangor.

Sebanyak 10 acara sukan dipertandingkan antaranya bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

image is not available