Selangor tidak buat sebarang keputusan untuk tingkat tarif air

Politics
4 Jul 2023 • 6:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menegaskan tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata ia berikutan tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

“Kerajaan Selangor komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan.

Fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa tarif air di Lembah Klang akan meningkat tahun ini.-Bernama