Tarif air di Selangor tidak naik - Amirudin

LocalPolitics
4 Jul 2023 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan negeri komited memastikan sistem perkhidmatan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus diperkukuhkan - Gambar hiasan (Gambar kecil: Amirudin)

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

Menurut beliau, fokus utama pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

"Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan berita mendakwa tarif air di Lembah Klang meningkat tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved