Selangor tuan rumah Badminton Berpasukan Asia 2024

1 Dec 2023 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi Aaron-Wooi Yik pada pertemuan menentang beregu Korea Selatan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) edisi 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto: BAM, gambar kecil: Kenny

SELANGOR sekali lagi bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang akan berlangsung pada 13 hingga 18 Februari depan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Badminton Asia (BA), Datuk Kenny Goh Chee Keong yang berkata, kejohanan dwitahunan tersebut akan diadakan di lokasi sama seperti edisi 2022 iaitu di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengapa kejohanan itu tidak diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sepatutnya mendapat hak penganjuran bagi tempoh lima tahun hingga 2027.

"Memang betul kita akan anjurkan di Selangor. Kita sudah dapatkan persetujuan daripada kerajaan Selangor.

"Kita tidak membida untuk menganjurkannya, kebetulan kerajaan Selangor berminat dan minta BA serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk anjurkan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menerusi penganjuran itu, pemain badminton negara sekali gus berpeluang mempertahankan kejuaraan di laman sendiri apatah lagi kejohanan kali ini bakal menjadi medan kelayakan ke Piala Thomas yang akan berlangsung di Chengdu, China pada April.

Pada edisi 2022, skuad lelaki kebangsaan mencipta sejarah menjuarai BATC buat julung kali dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved