Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan rumah kebajikan

20 Sep 2024 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk menambah baik garis panduan rumah kebajikan terutama melibatkan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan anak yatim

EXCO kebajikan berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dianggotai wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) dan bahagian undang-undang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Anfaal Saari, jawatankuasa tersebut antara lain meneliti cadangan mewujudkan undang-undang kecil perkhidmatan pusat jagaan di bawah penguatkuasaan PBT.

“Sebelum ini jawatankuasa tumpu kajian di peringkat taska. Namun kita berpendapat wajar diperluaskan ke rumah kebajikan lain. Jawatankuasa ini juga untuk memudah cara isu berbangkit seperti masalah kewangan dan isu teknikal pembangunan rumah kebajikan.

“Selain itu, ia akan mengkaji cadangan menwujudkan enakmen khas mengenakan syarat setiap rumah perlindungan perlu mempunyai minimum empat orang penghuni,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata isu eksplotasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business (GISB) Holdings membuka mata pelbagai pihak perlunya pembaharuan sistem yang mengawasi rumah kebajikan.

“Insya-Allah Selangor akan menambah baik garis panduan rumah kebajikan. Mesyuarat kali pertama pada Ogos lepas dan seterusnya akan diadakan bulan Oktober depan,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved