Selari Cuti Raya Haji, Tesla Perkenal Stesen Pengecasan Di Kuantan, Pahang – Memudahkan Perjalanan Ke Pantai Timur

TechnologyDigitalCars
14 Jun 2024 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla hari ini mengumumkan telah mengaktifkan stesen pengecasan Tesla Supercharging di Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang. Dengan pengenalan ini, Tesla mengatakan ia bukan sahaja untuk pengguna tempatan di Kuantan, tetapi turut membantu dalam usaha perjalanan rentas negeri dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

image is not available

Di Majlis Bandaraya Kuantan, Tesla menempatkan 4 Supercharger, dengan cas penggunaan RM1.25/kWh. Ia terletak berhadapan dengan kedai Texas Chicken 24 jam. Pengenalan ini juga menjadikan ia adalah stesen pengecasan Tesla Supercharging pertama di Pahang. Tesla kini mempunyai 11 stesen Tesla Supercharging, dan 11 stesen pengecasan Destination Charging di Malaysia.

image is not available

Selari pengumuman ini, Tesla turut menyatakan mereka kini menawarkan Tesla Model Y secara tersedia, membolehkan sesiapa yang inginkannya melakukan pembayaran dan mendapatkan terus kenderaan tanpa perlu menunggu untuk tempoh lama seperti sebelum ini.